Khutbah
Jumaat
Kemerdekaan di Atas Manhaj
Nubuwwah
11
Rejab 1425H / 27 Ogos 2004
www.saifulislam.com
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah
Sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah
sebagai Rasul yang membawa Islam, dunia berada di dalam kegelapan. Masyakarat
Arab Jahiliah mengamalkan budaya hidup yang penuh kecelaan, kezaliman, penindasan, dan amalan-amalan
yang berpaksi kepada hawa nafsu. Mereka menanam anak perempuan hidup-hidup
semata-mata kerana takutkan kemiskinan. Kabilah atau puak yang kaya dan
berkuasa menindas golongan mustad’afin yang lemah. Masyakarakat pula gilakan
hiburan. Mereka akan berkumpul dan mempertandingkan syair-syair, termasuklah
syair mughazalah yang memuja-muji perempuan.
Situasi
seperti ini adalah situasi yang sering berlaku. Selepas sekian lama para Rasul
tidak diutuskan, manusia mula menyeleweng dari ajaran Tauhid yang sebenar. Kaum
Nabi Nuh alayhissalaam menyembah Wadd, Suwaa’, Ya’uuq, Yaghoots dan Nasr. Kaum
Nabi Ibrahim mensyirikkan Allah dengan cara yang sama. Begitu jugalah dengan
kaum-kaum yang lain. Apabila Aqidah mentauhidkan Allah tercemar, manusia mula
menyembah selain Allah dan seterusnya kehidupan masyarakat akan pincang,
huru-hara dan rosak binasa. Atas dasar itulah Allah mengutuskan Rasul dari
semasa ke semasa iaitu untuk mengembalikan manusia kepada jalan yang lurus.
Firman Allah SWT:
وَلَقَدْ
بَعَثْنَا
فِي كُلِّ
أُمَّةٍ رَّسُولاً
أَنِ
اعْبُدُواْ
اللّهَ
وَاجْتَنِبُواْ
الطَّاغُوتَ
“Dan telah Kami utuskan Rasul bagi setiap
umat itu. (Mereka menyeru manusia) agar menyembah Allah dan menjauhkan diri
daripada Taghut (iaitu seteru Allah)” [an-Nahl 16: 36]
Kaum muslimin
yang sekalian,
Kedatangan Nabi
Muhammad SAW telah membebaskan manusia daripada huru-hara kehidupan. Melalui
ajaran Islam, manusia diajak supaya kembali tunduk kepada Allah. Oleh kerana
tekanan di kota Mekah yang begitu kuat sehingga tidak memungkinkan Islam
dilaksanakan sepenuhnya, Nabi SAW berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya
dikenali sebagai Madinah. Yathrib yang juga berada dalam kegelapan, kezaliman
dan penindasan Jahiliah telah dibebaskan dengan Islam. Aws dan Khazraj yang
berperang ratusan tahun telah diperdamaikan dan dipersaudarakan dengan
persaudaraan Islam. Kaum Yahudi yang memonopoli ekonomi Yathrib dan
membodoh-bodohkan kaum Arab bahawa kononnya Nabi akhir zaman akan diutuskan
dari kalangan Yahudi dan akan memenangkan Yahudi ke atas kaum Arab; kegiatan
mereka telah dihentikan oleh Nabi SAW. Atas keingkaran mereka untuk menjadi
rakyat yang patuh kepada perjanjian, mereka diusir keluar oleh Nabi SAW bukan
sahaja daripada Madinah, bahkan dari Semenanjung Tanah Arab secara
keseluruhannya. Hiduplah umat Islam selepas kemerdekaan itu dalam suasana
beribadah kepada Allah, di dalam suasana Islam tidak lagi ditindas dan dihina,
dan sejahtera dari jenayah bunuh, zina dan riba yang selama ini menghantui
kehidupan masyarakat.
Sidang Jumaat,
semoga dirahmati Allah,
Inilah makna
kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan yang memerdekakan umat Islam dari
Jahiliah kepada Islam. Kemerdekaan yang membebaskan manusia daripada ketakutan
kaum yang zalim, selamat dari huru hara kehidupan yang penuh kelalaian dan
kemaksiatan.
Kemerdekaan di
dalam Islam tidak hanya merujuk kepada keluarnya kuasa asing daripada tanah
air. Wujudnya suatu bangsa lain tidak semestinya dianggap sebagai suatu
penjajahan. Sultan ketujuh Kerajaan Othmaniyyah di Turki, iaitu Sultan Muhammad
al-Fatih dan tenteranya telah menawan kota Costantinople pada tahun 1453. dan
menukar nama bandar itu kepada Istanbul. Kaum Kristian yang ditindas di bawah
pemerintahan gereja di Costantinople, menganggap kedatangan Sultan Muhammad al-Fatih
dan Islam itu sebagai kemerdekaan. Mereka dibebaskan dari cukai yang tinggi dan
pemerintahan yang zalim. Kedatangan Islam memberi jaminan kepada kebebasan
beragama dan kesejahteraan orang-orang bukan Islam. Istanbul lebih makmur
berbanding Costantinople, iaitu bandar yang sama tetapi kemudiannya
dimerdekakan dengan Islam.
Inilah yang
disimpulkan oleh Rab’ie bin Amir apabila beliau diutuskan oleh Saad bin Abi
Waqqas kepada Rustam, ketua tentera Parsi semasa peperangan Qadisiah pada tahun
14H. Rab’ie bin Amir mengatakan bahawa:
،
ﺎﻬﺗﻌﺳ ﻰﻟﺇ ﺎﻳﻧﺪﻟﺍ ﻖﻳﺿ ﻦﻣ ﻭ ، ﻪﻟﻟﺍ
ﺓﺩﺎﺑﻋ ﻰﻟﺇ
ﺩﺎﺑﻌﻟﺍ
ﺓﺩﺎﺑﻋ ﻦﻣ
ﺀﺎﺷ ﻥﻤ
ﺝﺭﺧﻧﻠ
ﺎﻧﺛﻌﺘﺑﺍ ﷲﺍ
ﻡﻼﺴﻹﺍ ﻝﺪﻋ ﻰﻟﺇ ﻥﺎﻳﺩﻷﺍ ﺭﻭﺟ ﻦﻣﻭ
“Kami diutuskan oleh Allah untuk
mengeluarkan sesiapa yang mahu, daripada menyembah sesama manusia kepada
menyembah Allah. Dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Daripada penindasan agama-agama (yang sesat) kepada keadilan Islam” [al-Bidayah
wa an-Nihayah juzuk 7 ms 43]
Sidang Jumaat
sekalian,
Hari ini, kita
berasa ragu-ragu untuk melaungkan kemerdekaan. Jika di zaman Jahiliah, manusia
menanam anak hidup-hidup, maka pada hari ini perhubungan luar nikah banyak
berlaku, anak yang dilahirkan dibuang di dalam semak dan bagi yang berduit akan
ke klinik untuk menggugurkannya. Jika di zaman Jahiliah golongan yang lemah
ditindas dan tidak berpeluang membela diri, hari ini keadaan orang yang
berpegang dengan Islam tidak jauh bezanya. Jenayah berleluasa, penzinaan
menjadi perkara biasa. Mughazalah yang berupa syair memuji wanita terus
berkembang dalam bentuknya yang baru dan monopoli ekonomi Yahudi yang
berasaskan Riba masih terus mencengkam kehidupan kita semua.
Maka keadaan
kita pada hari ini menjadi seperti bangsa manusia dan Arab sebelum merdeka.
Suasana kehidupan kita adalah sama dengan Jahiliah di zaman sebelum Muhammad
SAW diutuskan sebagai Rasul. Lebih membimbangkan, ketika tanah air kita di
bawah penjajahan British ratusan tahun, tidak kedengaran orang murtad dan
mencaci Islam. Hari ini manusia berlumba-lumba meninggalkan Islam, maka apakah
ada lagi ertinya kita melaungkan kemerdekaan.
Marilah kita
sama-sama menghitung diri dengan penuh ikhlas dan berlapang dada. Jika kita
benar-benar cintakan negara dan tanah air ini, marilah kita bersama-sama
memakmurkannya dengan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Firman
Allah SWT:
وَلَوْ
أَنَّ أَهْلَ
الْقُرَى
آمَنُواْ وَاتَّقَواْ
لَفَتَحْنَا
عَلَيْهِم
بَرَكَاتٍ
مِّنَ
السَّمَاء
وَالأَرْضِ
وَلَـكِن كَذَّبُواْ
فَأَخَذْنَاهُم
بِمَا كَانُواْ
يَكْسِبُونَ
{96}
“Sekiranya penduduk suatu kampung itu
beriman dan bertaqwa, nescaya akan Kami limpahkan ke atas mereka keberkatan
dari langit dan bumi. Akan tetapi mereka telah mendustakan Allah, lantas Kami
hukum mereka terhadap apa yang telah mereka lakukan” [Al-A’raaf 7: 96]
Hanya dengan
al-Quran dan as-Sunnah sahajalah penghayatan Islam akan berlangsung dengan
baik, sains dan teknologi akan mendatangkan kemakmuran, ekonomi akan dipenuhi
keberkatan, dan dengan demikian itu keamanan dan kesejahteraan hidup akan
terjamin. Laungkanlah kemerdekaan dengan kemerdekaan Islam, merdekakanlah diri
dari perhambaan sesama manusia dan penyembahan hawa nafsu kepada ibadah yang
tulus hanya kepada Allah. Nescaya dengan cara itu, kemerdekaan yang dirayakan
akan lebih bermakna bagi kita, dan di sisi Allah SWT.
بَارَكَ اللهُ
لِيْ وَلَكُمْ
فِي القُرْآنِ
العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي
وَإِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ
الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ
مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ
هُوَ السَّمِيْعُ
العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ
وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ
فَاسْتَغْفِرُوْهُ
فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ
وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ
لِلَّهِ
حَمْدًا
كَثِيْرًا
كَمَا أَمَرَ
، وَأَشْهَدُ
أَنْ لاَ
إِلَهَ
إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ
لاَ شَرِيْكَ
لَهُ ، إِقْرَارًا
بِرُبُوْبِيَّتِهِ
وَإِرْغَامًا
لِمَنْ جَحَدَ
بِهِ
وَكَفَرَ، وَأَشْهَدُ
أَنَّ
سَيِّدَنَا
مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
سَيِّدُ الْخَلاَئِقِ
وَالْبَشَرِ.
اَللَّهُمَّ
صَلِّ
وَسَلِّمْ
عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ
مَصَابِيْحِ الْغُرَرِ.
أَمَّا
بَعْدُ ،
فَيَا
عِبَادَ اللَّهِ ،
اِتَّقُوا
اللَّهَ
تَعَالَى
فِيْمَا أَمَرَ
،
وَانْتَهُوا عَمَّا
نَهَاكُمْ
عَنْهُ
وَزَجَرَ
Kaum Muslimin
sekalian,
Perjuangan untuk
memperolehi kemerdekaan adalah tidak sesukar perjuangan untuk mengisi dan
mengekalkan kemerdekaan kerana ia adalah usaha yang tidak boleh berhenti dan
tiada noktah penghujung. Negara kita telah lama bebas daripada penjajahan
fizikal kuasa Imperialisma British. Namun untuk mendapatkan erti kemerdekaan
yang sebenar, saya menyeru diri saya dan sidang Jumaat sekalian agar
melaksanakan Islam di dalam segenap aspek kehidupan kita dan berusaha
menyelamatkan masyarakat daripada berkiblatkan barat di dalam budaya hidup dan
berfikir kita. Sebagai kaum Muslim, kita tidak timur dan kita tidak barat.
Pilihan kita hanyalah satu iaitu Islam. Sesungguhnya umat hari ini tidak
mungkin dapat diselamatkan melainkan dengan apa yang telah menyelamatkan umat
yang terdahulu.
وَاعْلَمُوا
أَنَّ
اللَّهَ
أَمَرَكُمْ
بِأَمْرٍ
بَدَأَ فِيْهِ
بِنَفْسِهِ ،
وَثَنَّى بِمَلاَئِكَتِهِ
الْمُسَبِّحَةِ
بِقُدْسِهِ ،
فَقَالَ تَعَالَى
وَلَمْ
يَزَلْ قَائِلاً
عَلِيْمًا ،
تَنْبِيْهًا
لَنَا
وَتَعْلِيْمًا
،
وَتَشْرِيْفًا
لِنَبِيِّهِ
ﻮﺘﻌﻅﻳﻣﺎ “إِنَّ
اللَّهَ
وَمَلآئِكَتَهُ
يُصَلُّوْنَ
عَلَى
النَّبِيِّ، يَا
أَيُّهَا
الَّذِيْنَ
آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ
وَسَلِّمُوا
تَسْلِيْمًا”
اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ
عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ ،
كَمَا
صَلَّيْتَ وَسَلَّمْتَ
عَلَى
سَيِّدِنَا
إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا
إِبْرَاهِيْمَ
فِى
الْعَالَمِيْنَ
إِنَّكَ
حَمِيْدٌ
مَجِيْدٌ .
وَارْضَ اللَّهُمَّ
عَنْ
خَلِيْفَةِ
نَبِيِّكَ
عَلَى
التَّحْقِيْقِ
أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ
سَيِّدِنَا
أَبِيْ
بَكْرٍ
الصِّدِّيْقِ،
وَعَنِ
الزَّاهِدِ اْلأَوَّابِ
، النَّاطِقِ
بِالصَّوَابِ
أَمِيْرِ
الْمُؤْمِنِيْنَ
سَيِّدِنَا عُمَرَ
ابْنِ
الْخَطَّابِ
، وَعَنْ
جَامِعِ سُوَرِ
الْقُرْآنِ ،
أَمِيْرِ
الْمُؤْمِنِيْنَ سَيِّدِنَا
عُثْمَانَ
بْنِ
عَفَّانِ ،
وَعَنْ
أَسَدِ اللَّهِ
الْغَالِبِ إِمَامِ
أَهْلِ
الْمَشَارِقِ
وَالْمَغَارِبِ
، أَمِيْرِ
الْمُؤْمِنِيْنَ
سَيِّدِنَا عَلِيِّ
بْنِ أَبِى
طَالِبٍ، وَعَنْ
بَقِيَّةِ
الصَّحَابَةِ
وَالْقَرَابَةِ
وَالتَّابِعِيْنَ
، وَتَابِعِي التَّابِعِيْنَ
وَتَابِعِيْهِمْ
بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ
الدِّيْنِ ،
وَعَنَّا مَعَهُمْ
وَفِيْهِمْ
بِرَحْمَتِكَ
يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ
لِلْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ
، وَالْمُؤْمِنِيْنَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ
الأَحْيَاءِ
مِنْهُمْ
وَاْلأَمْوَاتِ
، إِنَّكَ
سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ
مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
، يَا رَبَّ
الْعَالَمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ
اْلإِسْلاَمَ
وَالْمُسْلِمِيْنَ
، وَأَذِلَّ
الشِّرْكَ
وَالْمُشْرِكِيْنَ
، وَدَمِّرْ
أَعْدَاءَ الدِّيْنِ
، فِى كُلِّ
مَكَانٍ يَا
رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
،
اَللَّهُمَّ
رُدَّ كَيْدَهَمْ
فِى
نُحُوْرِهِمْ
، وَاجْعَلْ
مَكْرَهُمْ مَكْرًا
عَلَيْهِمْ ، وَاجْعَلْ
عَاقِبَةَ
مَكْرِهِمْ
خَسَارَةً
لَهُمْ فِى
الدُّنْيَا
وَاْلآخِرَةِ
.
اَللَّهُمَّ
إِنَّا قَدْ
رَفَعْنَا
أَيْدِيَنَا
مُتَضَرِّعِيْنَ
إِلَيْكْ ، رَاجِيْنَ
رَحْمَتَكْ
وَاسْتِجَابَتَكْ،
فَلاَ
تَرُدَّنَا
خَاءِبِيْنَ
، يَا
رَحْمَانُ
يَا رَحِيْمُ
، يَا رَبَّ
الضُّعَفَاءِ
وَالْمَسَاكِيْنِ
،
اَللَّهُمَّ
أَنْقِذْنَا مِنْ
مَكْرِهِمْ
وَكَيْدِهِمْ
فَإِنَّهُمْ
لاَ
يُعْجِزُوْنَكَ
، يَا غِيَاثَ
الْمُسْتَغِيْثِيْنَ
أَغِثْنَا ،
يَا غِيَاثَ
الْمُسْتَغِيْثِيْنَ
أَغِثْنَا،
يَا غِيَاثَ
الْمُسْتَغِيْثِيْنَ
أَغِثْنَا ،
وَلاَ
تُسَلِّطْ
عَلَيْنَا
بِذُنُوْبِنَا
مَنْ لاَ
يَخَافُكَ
وَلاَ
يَرْحَمُنَا
، وَحَوِّلْ
حَالَنَا
إِلَى
أَحْسَنِ اْلأَحْوَالْ
، وَفَرِّجْ
مَا نَزَلَ
بِنَا مِنَ
اْلأَهْوَالْ
، يَا ذَا
الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
،
ﺍﻟﻟﻬﻢ
ﺍﺟﻌﻞ
ﺳﻟﻃﺎﻨﻨﺎ
ﺍﻟﺳﻟﻄﺎﻦ
ﺃﺯﻻﻦ ﻣﺣﺐ ﺍﻟﺩﻳﻦ
ﺷﺎﻩ ﺇﺑﻦ
ﺍﻟﻣﺮﺤﻭﻢ
ﺍﻟﺴﻟﻃﺎﻦ
ﻳﻭﺳﻒ ﻋﺯﺍﻟﺪﻳﻦ
ﻏﻓﺮﺍﻟﻟﻪ ﻟﻪ
ﺷﺎﻩ ﻣﻦ
ﺍﻟﺫﻳﻥ
ﻳﺣﻜﻣﻭﻦ ﺑﺎﻹﺳﻼﻢ
ﻭﺍﻟﻌﺪﻞ
ﻭﺍﻹﺣﺳﺎﻦ
رَبَّنَا
آتِنَا فِي
الدُّنْيَا
حَسَنَةً
وَفِي
اْلآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا
عَذَابَ
النَّارِ
عِبَادَ
اللَّهِ ،
إِنَّ
اللَّهَ
يَأْمُرُ
بِالْعَدْلِ
وَاْلإِحْسَانِ
، وَإِيْتَاءِ
ذِي
الْقُرْبَى
وَيَنْهَى
عَنِ
الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ
وَالْبَغْيِ ،
يَعِظُكُمْ
لَعَلَّكُمْ
تَذَكَّرُوْنَ
، فَاذْكُرُوا
اللَّهَ
الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ
،
وَاشْكُرُوْهُ
عَلَى
نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ ،
وَاسْأَلُوْهُ
مِنْ فَضْلِهِ
يُعْطِكُمْ ،
وَلَذِكْرُ
اللَّهِ
أَكْبَرُ،
وَاللَّهُ
يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.